OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI KEDAH DAN PERAK BERMULA 29 JULAI

Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai 2024 ini untuk meningkatkan paras air Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah bagi tujuan pertanian dan kegunaan air domestik.

OPA dilaksanakan atas permohonan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Keria serta Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) melalui penyelarasan antara NADMA, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, MetMalaysia, dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Usaha ini adalah salah satu dari usaha kerajaan untuk menangani impak fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September 2024.

MetMalaysia menjangkakan taburan hujan di negeri Kedah dan Perak yang rendah sehingga September 2024.

Bekalan air dari Empangan Muda di alirkan ke Empangan Pedu bagi keperluan domestik, industri dan pengairan padi (Musim 1/2024).

Semasa permulaan musim tanaman padi di sekitar Sungai Muda akan berlaku konflik di antara keperluan domestik, industri dengan pengairan padi. Keutamaan akan diberikan kepada keperluan domestik/industri.

Kekurangan turunan hujan akan mengakibatkan takungan simapanan akan terus menyusut seterusnya tidak dapat menampung keperluan untuk jangka masa panjang.

Tanaman Padi Kawasan Muda merupakan jelapang padi terbesar di Malaysia dengan keluasan 100,641.19 hektar (81,606.66 hektar di Kedah, 19,034.53 hektar di Perlis).

Manakala kawasan tanaman padi di Kerian yang menerima sumber air dari Empangan Bukit Merah pula merupakan jelapang padu ke-3 terbesar di Malaysia dengan keluasan 20,326 hektar.

Menurut laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara pada 26 Julai 2024, peratus takungan semasa Empangan Muda ialah 9.44% manakala Empangan Bukit Merah adalah 15.25%.

Operasi ini akan dilaksanakan selama tiga (3) hari berturut-turut.

Selaku Pengerusi Bencana Pusat, saya bersetuju bahawa pelaksanaan OPA ini dibuat bagi menjamin sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas dan kering.

Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Artikel/Berita Terkini

PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1 2025 MENGIKUT KATEGORI

Kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025 bermula 22 Januari 2025 kepada 8.3 juta penerima …
Maklumat Lanjut

PERKASA TUISYEN RAKYAT UNTUK PELAJAR DUN REMBIA

Rembia – Pelaksanaan Tuisyen Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia diteruskan bagi membantu kecemerlangan pelajar yang bakal menduduki …
Maklumat Lanjut

KUNJUNG HORMAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI MELAKA KEPADA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA

Seri Negeri – Kunjungan hormat Encik Norazle bin Sulaiman, Pengarah Keselamatan Negeri serta pegawai-pegawai dari Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka …
Maklumat Lanjut