JAKOA KELANTAN AKAN PASTIKAN KUALITI BEKALAN AIR DI KUALA LAH TERJAMIN

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan bertanggungjawab memastikan bekalan air terawat di setiap perkampungan Orang Asli terutama di Kampung Kuala Lah, Gua Musang terjamin untuk kegunaan harian.

JAKOA memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan sistem rawatan air secara berjadual telah dilaksanakan di kawasan penempatan terbabit agar penduduk dapat menjalani kehidupan seharian dengan selesa.

Ia susulan aduan dibuat berkaitan isu air di kampung itu di mana semasa hujan lebat air akan bertukar keruh serta berkurang aliran kerana ruang tandak tersumbat akibat dimasuki pasir.

Media melaporkan 400 penduduk Orang Asli dari Kampung Kuala Lah merayu untuk mendapatkan bekalan air bersih kerana terpaksa bergantung kepada air tadahan bukit atau tandak yang terletak kira-kira 20 kilometer di kawasan pergunungan Stong.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut