HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PENGISYTIHARAN MEMERANGI PENGGANAS KOMUNIS DI SEMPADAN TANAH MELAYU-SIAM DITANDATANGANI

Pada hari ini (29 Julai) dalam tahun 1960, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Persekutuan Tanah Melayu, YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, menandatangani pengisytiharan memerangi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu-Siam.

Pengisytiharan itu terkandung di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 dan dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 1960 serta mengandungi butir-butir lengkap tentang penetapan daerah keselamatan di sempadan Tanah Melayu-Siam. Kawasan yang ditetapkan meliputi bahagian timur Perlis dan Kedah, bahagian utara Perak serta bahagian utara dan barat negeri Kelantan. Beberapa peraturan Keselamatan Dalam Negeri telah ditetapkan di dalam pengisytiharan yang ditandatangani ini antaranya peraturan-peraturan umum yang meliputi pembinaan pagar-pagar duri dan kuatkuasa mengawasi pembersihan belukar-belukar dalam kawasan keselamatan sempadan.

Pengisytiharan ini merupakan usaha awal kerajaan Tanah Melayu ke arah mewujudkan keamanan dan keselamatan di persempadanan negara.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut