Garis panduan sedia ada bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah dikekalkan.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Julai 2024.
Panduan itu antara lainΒ menggariskanΒ aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar danΒ mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.
KPM memaklumkan mesyuarat itu juga mengambil pendirian untuk memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular menerima sumbangan dana melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan yayasan yang telah diamalkan sejak beberapa pentadbiran terdahulu.
Jemaah Menteri menegaskan bahawa penganjuran aktiviti melibatkan jenama minuman keras tidak boleh melibatkan pelajar Islam.
Pentadbir institusi pendidikan di bawah KPM dinasihati supaya mematuhi garis panduan dalam menguruskan sumbangan daripada pihak luar.