SISIPAN SEJARAH : UPACARA PENGANUGERAHAN PANJI-PANJI KEPADA PASUKAN POLIS HUTAN, PASUKAN POLIS SIMPANAN PERSEKUTUAN DAN PASUKAN POLIS LAUT

Pada 24 Julai dalam tahun 1971, upacara penganugerahan Panji-panji kepada 15 Batalion Pasukan Polis Hutan, Pasukan Polis Simpanan Persekutuan dan Pasukan Polis Laut telah diadakan di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Upacara penganugerahan ini, telah dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.  Dengan diiringi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Salleh Ismail, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menganugerahkan panji-panji berwarna hijau kepada Pasukan Polis Hutan, Panji-panji berwarna merah kepada batalion Pasukan Polis Simpanan Persekutuan dan Panji-panji berwarna putih kepada batalion Pasukan Polis Laut dengan lambang masing-masing. Dalam titah ucapan, baginda telah memuji ketabahan serta kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan polis sambil menggesa agar mereka terus berazam memelihara keselamatan dan keamanan di negara yang tercinta ini. Istiadat penganugerahan Panji-panji ini telah diakhiri dengan ucapan perarakan panji-panji oleh kesemua Pasukan yang mengambil bahagian serta teriakan tiga kali ’Daulat Tuanku’ yang diketuai oleh Ketua Polis Negara. Seramai kira-kira 2,274 orang para pegawai dan anggota Polis Am, Polis Hutan, Polis Simpanan Persekutuan dan Polis Laut telah menghadiri upacara yang gilang-gemilang ini.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …