SISIPAN SEJARAH : MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA AM SEMPADAN MALAYSIA/INDONESIA

Pada 24 Julai dalam tahun 1972, Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia/Indonesia telah dilangsungkan di Parapat, Sumatera, Indonesia. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail telah mengetuai perwakilan 9 orang daripada kerajaan Malaysia menghadiri persidangan tersebut. Persidangan tersebut telah menekankan tentang perhubungan erat kedua-dua buah negara yang saling bergantung antara satu sama lain dalam usaha mencapai kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan hidup rakyat. Persidangan itu merupakan persidangan yang pertama bagi Jawatankuasa Am Sempadan setelah kira-kira 4 bulan kedua-kedua negara menandatangani peraturan dan hal keselamatan di sempadan. Ini merupakan satu usaha yang dijalankan oleh kedua-dua negara yang terbukti berhasil khususnya dalam membanteras anasir komunis di sempadan Kalimantan. Dengan berlangsungnya persidangan itu, pada hari ini  dalam tahun 1972 adalah diharapkan bukan sahaja masalah komunis di sempadan bersama dapat dihapuskan tetapi juga dapat meningkatkan keselamatan kedua-dua negara supaya pembangunan untuk kesejahteraan rakyat dapat berjalan dengan lancar.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …