KPDN SERBU STOR HARAM SIMPAN LPG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas 515 tong Gas Petrolium Cecair (LPG) dianggarkan bernilai RM59,194.80 dipercayai disimpan secara haram di premis tanpa nama di Port Dickson, pada Selasa. Menurut Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan, serbuan melalui Ops Tiris itu dilakukan sepasukan penguat kuasanya kira-kira jam 11.50 pagi. Hasil risikan pihaknya berjaya mengesan aktiviti penyelewengan atau proses decanting LPG yang mana semasa serbuan dijalankan, tiada pihak yang bertanggungjawab di temui di premis tersebut.

Turut disita dua lori jenama Bison, hos 30 unit, alat timbang elektronik jenama CTS seunit, tong ais dua unit dan plastik ais 10 unit yang menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM109,084.80. Kesemua barangan tersebut telah disita kerana berurusan dengan barang kawalan tanpa lesen atau permit sah yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

KPDN Negeri Sembilan sentiasa komited dan akan meneruskan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi mempergiat serta mempertingkatkan kawal seliaan serta operasi ke atas pengedaran barang-barang kawalan bersubsidi. Pihaknya tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah KPDN, khususnya dalam membanteras ketirisan dan penyelewengan barang kawalan bersubsidi. Ia bagi memastikan aktiviti haram yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

Beliau turut memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan bersubsidi agar mematuhi perundangan yang berkuatkuasa. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan akan di ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut