PENJAWAT AWAM DISYAKI KEMUKA MAKLUMAT PALSU, DIREMAN TUJUH HARI

Seorang penjawat awam direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan borang permohonan bantuan yang mengandungi maklumat palsu kepada jabatan tempatnya bertugas. Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret, Fairuz Syuhada Amran di Mahkamah Majistret Sivil di sini pada Rabu. Reman terhadap suspek bermula 24 Julai hingga 11 Jun hingga 30 Julai.

Menurut sumber, suspek disyaki telah mengemukakan borang permohonan bantuan yang mengandungi butir matan palsu berjumlah RM40,000 kepada jabatan tempatnya bertugas. Suspek telah ditahan kira-kira jam 7.15 petang pada Selasa ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan. Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan tahanan reman terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …