PASPORT MALAYSIA KE-12 PALING BERKUASA DI DUNIA

Menurut laporan Indeks Pasport Henley 2024, Malaysia berkongsi kedudukan ke-12 dalam ranking pasport global bersama Cyprus dan Liechtenstein.

Untuk rekod, pada permulaan 2023, Malaysia menduduki tempat ke-14 pasport paling berkuasa di dunia dengan skor 179.

Indeks berkenaan berdasarkan data komprehensif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan mencerminkan landskap global semasa perjalanan tanpa visa.

Pemegang pasport Malaysia dapat melancong tanpa visa ke 182 dari 227 destinasi di seluruh dunia.

Pemegang pasport Malaysia dapat menikmati kemudahan masuk tanpa visa ke destinasi terkenal termasuk United Kingdom (UK), Jepun, Itali, Qatar, Perancis dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut