SERANGAN BERSENJATA ‘Zainon Al Baghdadi’ DI IPD HULU TERENGGANU

Dalam satu simulasi yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, empat lelaki bersenjatakan parang dan pedang menyerang seorang anggota polis yang sedang mengawal pos kawalan. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin, berkata simulasi itu bertujuan untuk menguji kesiapsiagaan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menghadapi serangan daripada pihak luar.

Simulasi tersebut menggambarkan senario di mana Balai Polis Kuala Berang diceroboh dan diserang oleh enam lelaki bersenjata yang diketuai oleh penjenayah dikenali sebagai ‘Zainon Al Baghdadi’. Dalam senario tersebut, seorang anggota polis mengalami kecederaan pada bahagian rusuk dan kesemua suspek serangan berjaya ditahan. Latihan ini melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta JKNT untuk mempersiapkan menghadapi situasi serangan yang melibatkan kebakaran dan kecederaan.

Simulasi tersebut adalah panduan penting kepada pegawai dan anggota polis dalam menghadapi situasi berkenaan. Latihan ini membolehkan kami menguji langkah-langkah kesiapsiagaan kami sambil bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk memperhalusi langkah-langkah keselamatan. Ia juga memastikan semua faktor keselamatan di balai polis berfungsi dengan baik dan lebih teliti. Simulasi itu juga bagi memastikan semua pegawai dan anggota polis sentiasa bersedia menghadapi sebarang ancaman atau situasi tidak diingini.

Sumber: IPD Hulu Terengganu, Buletin TV3

Artikel/Berita Terkini

Pagi Lebih Tenang, Perjalanan Lebih Selamat: Adakah Konsep Slow Morning Praktikal?

Konsep “slow morning” semakin popular sebagai satu pendekatan untuk memulakan hari dengan lebih tenang dan teratur. Rutin ini lazimnya melibatkan …

Keselamatan Ergonomik di Tempat Kerja: Mencegah Sakit Leher dan Belakang

Keselamatan di tempat kerja bukan sahaja berkaitan dengan pencegahan kemalangan tetapi juga merangkumi penjagaan kesihatan fizikal pekerja. Salah satu masalah …

Adakah Dron sebagai Satu Ancaman?

Penggunaan dron semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan kini dimanfaatkan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pemantauan, fotografi, penghantaran barangan …