EMPAT LOJI RAWATAN AIR HENTI TUGAS AKIBAT PENCEMARAN BAU, TUJUH WILAYAH DI LEMBAH KLANG TERJEJAS

SHAH ALAM, 23 JULAI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menghenti tugas sementara empat loji rawatan air (LRA) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

Empat LRA berkenaan adalah Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).

Agensi itu memaklumkan pihaknya mengambil segala usaha bagi meminimakan dampak gangguan bekalan tidak berjadual membabitkan tujuh wilayah Air Selangor iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan ke kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh ini,” katanya yang turut memaklumkan senarai kawasan terjejas akan dikongsi dalam masa terdekat.

Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut