SISIPAN SEJARAH: ENAKMEN TANAH TERENGGANU DIKUATKUASAKAN

Pada 11 Julai dalam tahun 1926, Enakmen Tanah Terengganu, dikuatkuasakan. Enakmen tanah ini memperuntukan semua tanah-tanah negeri, menjadi hak milik Sultan dengan dipersetujui oleh Jemaah Mesyuarat Kerajaan. Enakmen ini juga membenarkan tanah-tanah ini dipecahkan mengikut peraturan-peraturan di dalam enakmen tanah yang baru serta tertakluk kepada pembayaran sewa dan cukai. Pengenalan enakmen tanah ini lahir hasil campurtangan Agen British, J.L. Humphreys dan Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura, Sir Arthur Young yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran negeri di era 1910an. Mereka mencari jalan bagi membolehkan Agen British dinaik taraf sebagai Penasihat di dalam pentadbiran negeri Terengganu. Suruhanjaya Penyiasat Bucknill telah dibentuk oleh Gabenor untuk memasuki pentadbiran kerajaan negeri yang pada awalnya ditolak oleh Sultan Terengganu, namun selepas rundingan diadakan dengan Gabenor, Sultan Terengganu akhirnya bersetuju menerima kedatangan Suruhanjaya ini.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

NAK GUNA LOGO HALAL PALSU?

𝐍𝐀𝐊 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐋𝐎𝐆𝐎 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔??​Peniaga dan pemilik syarikat, pastikan logo Halal yang anda gunakan adalah sah dan mendapat perakuan terus …

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 bakal menghimpunkan seluruh warga tanah air pada 31 Ogos 2026, bermula pukul 7.00 pagi bertempat di …

KENALI TAHAP INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu indikator yang membantu kita mengetahui tahap kualiti udara di sesuatu kawasan. Setiap tahap …