PROGRAM JALINAN STRATEGIK JIWA MURNI MADANI 2024

20 Julai 2024 – Bersempena Bulan Keselamatan Negara 2024, Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor telah menganjurkan Program Jalinan Strategik Jiwa Murni MADANI 2024 bertempat di Surau Al Azim, Lorong 3 Kampung Haji Razali, Tanjong Karang, Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid Bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) Mewakili YB. Dato’ Setia Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Selangor.

Hadir sama dalam program ini adalah YBrs. Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri; YB Dato’ Dr. Zulkafperi Bin Hanapi, Ahli Parlimen Tanjong Karang; YBrs. Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor; YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS); Lt Kol Md Rafizin bin Kamarudin, Ketua Staf 11 Briged Mewakili YBhg. Brigedier Jeneral Shahir Hafizul bin Abd Rahman, Panglima Briged Kesebelas Infantri Malaysia; YBrs. Tuan Maruwan bin Ahmad, Penyelaras DUN Sungai Burong; YBrs. Encik Muhammad Hanafi bin Ahmad, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; Tuan Haji Paiman bin Banuri, Pengerusi Surau Al Azim, Lorong 3, Kampung Haji Razali, Tanjung Karang; Pesara Veteran ATM dan Pemimpin-pemimpin Masyarakat Setempat.

Program ini bermula dengan aktiviti membersih dan mengecat Surau Al-Azim, aktiviti rewang sekampung bagi penyediaan Jamuan Rakyat bersama penduduk Kampung Haji Razali, Tanjong Karang dengan kerjasama strategik Markas Briged Kesebelas Infantri Malaysia, Pejabat Daerah Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Pejabat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Pejabat Penyelaras DUN Sungai Burong, Anggota Sukarela Rejimen 502 Askar Wataniah, CSR GIATMARA bagi menjalankan pemeriksaan menyeluruh sistem pendawaian elektrik di surau Al Azim dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Azim, Lorong 3 Kampung Haji Razali.

Objektif program ini adalah bertujuan mengeratkan jalinan kerjasama strategik antara jabatan Kerajaan dengan sokongan komuniti kampung yang melibatkan aktiviti gotong royong membersih dan mengecat surau dengan penglibatan anggota dari Rejimen 502 Askar Wataniah, Markas Briged Kesebelas Infantri Malaysia.

Terima kasih kepada semua pihak atas jalinan kerjasama erat bagi menjayakan program ini. Semoga keselamatan dan kesejahteraan negara terus terpelihara.

 

#MalaysiaMADANI

#PemikiranStrategikPuncaKemenangan

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#BKN2024

#mknselangor

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut