PEMINDAHAN 71 ORANG PATI DARI DEPOT IMIGRESEN AJIL KE LAPANGAN TERBANG KUALA LUMPUR TERMINAL 2 (KLIA2) UNTUK PULANG KE NEGARA ASAL

Pelaksanaan operasi pemindahan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara asal melibatkan 71 orang PATI yang terdiri daripada 33 warga Vietnam, Indonesia (29) dan Kemboja (9). Pemindahahan mereka dilaksanakan dari Depot Imigresen Ajil, Terengganu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) untuk pulang ke negara asal. Pasukan Pemindahan ini telah diketuai oleh KTPP Mohd Yassin bin Yusof, Timbalan Komandan Depot Imigresen Ajil (Kawalan). Kesemua tahanan tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta diperuntukkan prosedur pemindahan di bawah akta dan peraturan yang sama.

Sumber: Laman Facebook Jabatan Imigresen Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …