Sebanyak 3,500 rangkaian restoran di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) seluruh negara bersetuju menurunkan harga sebanyak 10 sen untuk minuman teh O dan kopi O tanpa gula.
Ia selaras dengan kempen Kurang Gula, Kurang Harga yang bakal dilancarkan KPDN.
2 menu tersebut dipilih untuk peringkat permulaan dan akan dikembangkan kepada menu-menu lain mengikut kesesuaian semasa.
Harga segelas teh O dan kopi O di restoran sekarang adalah sekitar RM1.40 hingga RM1.80, manakala harga gula pasir ialah RM2.85 sekilogram.
Segelas teh O dan kopi O memerlukan kira-kira 17.5g atau 3.5 sudu gula.
Sumber: Sinar Harian