#BULANKESELAMATANNEGARA: MKN KELANTAN – KARNIVAL KESEDARAN KESELAMATAN

Bersempena Bulan Keselamatan Negara Tahun 2024, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan telah menganjurkan Karnival Kesedaran Keselamatan pada 20 Julai 2024, jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang di Dewan PPR Kota Bharu, Kelantan.

⁠Program ini telah dihadiri lebih daripada 300 pengunjung terdiri daripada penduduk PPR Kota Bharu dan penduduk komuniti sekitar.

Karnival ini juga mendapat sokongan padu dari Jabatan/Agensi Persekutuan yang turut sama terlibat dalam penganjuran program iaitu KPKT, KPDN, YADIM, PDRM, BOMBA, KKM, JIM, ATM, APMM, APM, AADK, JPNIN dan JBS.

Pelbagai pengisian sepanjang program ini melibatkan Taklimat Keselamatan, Pameran Agensi Keselamatan, Demostrasi Keselamatan, Pemeriksaan Kesihatan, Jualan RAHMAH, Pertandingan Sukan dan Mewarna.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Hafidzah binti Haji Mustakim, ADUN Kota Lama.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut