𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗑

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Penguatkuasaan Lebih Muatan ( UPLM ) JPJ Negeri Pulau Pinang, telah melaksanakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan dan pelbagai kesalahan teknikal. Penguatkuasaan bermula jam 4.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Penguatkuasaan ini bertujuan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan ini mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ( Akta 333 ) dan Kaedah-kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010. ( Akta 715 ) serta memastikan kenderaan barangan selamat digunakan.
Sebanyak 11 buah kenderaan barangan telah dikenakan tindakan di bawah seksyen 57(1) (b) (iv) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959, serta kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, pasang strobe light tanpa kebenaran, ubah suai kenderaan dan tidak selenggara kenderaan dengan baik.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinagΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …