๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐จ๐ง๐๐ ๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ โ๐ ๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐จ ๐ง๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ญ๐ณ: ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ฆ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐โ
LABUAN : Lebih 300 peserta menghadiri Program Bicara Eksekutif Mengimbau Tragedi MH17 sempena Bulan Keselamatan Negara anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan, di sini semalam.
Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek berkata, Bulan Keselamatan Negara disambut bulan Julai setiap tahun untuk memupuk kesedaran keselamatan serta meningkatkan tahap kecintaan kepada negara.
Katanya, dalam usaha memastikan negara membangun selari dengan aspek kemampanan, perihal Keselamatan Negara haruslah menjadi tunjang utama.
โSekiranya usaha ke arah keselamatan negara dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat, nilai kesejahteraan yang unggul dapat digapai bersama,โ katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program ini di Dewan Kuliah Utama Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).
Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Hafiz Mohd Daud berkata, negara selamat memerlukan kedaulatan serta keutuhan wilayah terperlihara, kestabilan sosio-politik, kesepaduan Nasional.
Katanya, ini termasuk tatakelola yang baik, keutuhan ekonomi, keadilan sosial, pembangunan mampan, keselamatan rakyat sekali gus diiktiraf di peringkat antarabangsa.
โTragedi pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014 merupakan satu mimpi ngeri dan menyayat hati kepada negara apabila 43 orang rakyat Malaysia termasuk juruterbang serta anak kapal daripada 298 mangsa terkorban.
โInsiden ini merupakan satu bentuk ancaman udara berkemungkinan boleh berulang pada masa depan sekiranya negara tidak memberi perhatian serius terhadap langkah untuk mendepani keselamatan melibatkanย negara lain,โ Mohd Hafiz.
Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri, Khairul Helmi Mokhtar merupakan Ketua Misi MH17 menyampaikan ceramah dalam program tersebut.
Beliau merupakan salah seorang individu penting dalam pengurusan serta pengendalian krisis semasa tragedi pesawat MH
Program ini turut dihadiri Ketua Agensi Kerajaan, Pegawai serta anggota keselamatan, syarikat swasta, pemimpin masyarakat dan ahli Dewan ย Perniagaan serta badan bukan Kerajaan (NGOโs).