KOTA KINABALU: Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi sumbangan peribadi kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) ketika menerima mengadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Presiden SAFA, Datuk Ir Shahelmey Yahya, di Kuala Lumpur, semalam.
Menerusi perkongsian di Facebook HRH Crown Prince of Johor, baginda yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) turut berbincang mengenai usaha menambah baik pembangunan bola sepak Sabah melalui kolaborasi bersama kelab bola sepak berkenaan.
“Pemangku Sultan Johor turut menitahkan agar JDT bekerjasama erat dengan Persatuan Bola Sepak Sabah dalam meningkatkan pembangunan bola sepak di peringkat belia dan mencungkil bakat di kawasan-kawasan terpencil.
“Baginda turut memberi sumbangan peribadi kepada Persatuan Bola Sepak Sabah. Allah Peliharakan Sultan,” kongsi Facebook HRH Crown Prince of Johor.
Selain bola sepak, perkara lain yang turut dibincangkan pada sesi mengadap itu termasuk mengenai usaha menerokai potensi peluang ekonomi antara Johor dan Sabah.
#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah
Sumber: INFO X