JUAL AYAM KENA JUJUR ABE DIO WEI

Siasatan aduan awam telah dijalankan di Premis Ayam Proses Segar, Kg. Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan dengan satu uji beli dilakukukan oleh Penguat Kuasa Unit Operasi KPDN Kelantan pada kelmarin.
Setelah uji beli tersebut, pasukan telah melakukan serbuan untuk memeriksa harga dan alat timbang sukat yang digunakan dalam perdagangan ayam segar. Pemeriksaan mendapati alat timbang elektronik yang digunakan tidak ditentusahkan.
Sebagai tindak balas, satu tindakan kes telah diambil di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972, dan satu alat timbang electronik, dengan had maksimum 40 kilogram telah disita. Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM120.00.
Kes ini akan disiasat lebih lanjut untuk memastikan kepatuhan dalam perdagangan dan jualan ayam segar di Negeri Kelantan.
Kementerian menyeru kepada semua peniaga agar tidak memanipulasi pengguna serta sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan oleh KPDN. Sebarang aduan boleh disalurkan melalui saluran yang disediakan oleh Kementerian untuk tindakan lanjut.
Sumber: KPDN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut