BOT NELAYAN BAWA 5,000 LITER TANPA PERMIT DITAHAN APMM

SANDAKAN: Bot nelayan tempatan membawa 5,000 liter minyak diesel tanpa permit yang sah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan daerah ini, semalam.

Bot nelayan tempatan itu ditahan bot peronda APMM ketika menjalankan rondaan dan mengesan vesel itu di kedudukan 0.8 batu nautika tenggara jeti awam Kampung Karamunting, kira-kira jam 1.05 tengah hari.

Pengarah APMM Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, hasil pemeriksaan, bot yang didaftarkan atas lesen perikanan dikendalikan tiga lelaki warga asing yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berusia antara 29 hingga 57 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan menemukan 5,000 liter minyak diesel tanpa permit yang sah disimpan dalam tangki minyak yang telah diubah suai.

“Pemeriksaan ke atas dokumen bot berkenaan juga mendapati nama nakhoda tidak sama seperti dalam lesen,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, keseluruhan nilai rampasan termasuk barang kawalan dan bot dianggarkan bernilai RM90,000.

“Semua barang kawalan, bot beserta kru dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Seksyen 21 akta sama iaitu membawa muatan minyak tanpa kebenaran.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …