ANGKATAN TENTERA INDONESIA, MALAYSIA LAKUKAN RONDAAN SEMPADAN BERSAMA

KAPUAS HULU (Kalimantan Barat), 15 Julai (Bernama-ANTARA) – Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjalankan rondaan bersama yang diselaraskan untuk memeriksa penanda sempadan di sepanjang sempadan Kalimantan Barat-Sarawak, lapor ANTARA.

Rondaan bersama itu dapat membantu TNI dan ATM mencegah orang ramai daripada melakukan pelbagai perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Ia juga dapat  membantu institusi ketenteraan kedua-dua negara mewujudkan situasi yang kondusif di sepanjang sempadan darat.

Misi kerjasama berkenaan turut akan meningkatkan profesionalisme dalam kalangan tentera dan mengeratkan persahabatan antara kedua-dua negara jiran.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut