2 RUMAH TERBAKAR DI PULAU GAYA

KOTA KINABALU: Dua rumah atas air di Kampung Pasir Putih, Pulau Gaya, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Rashid Daud berkata, panggilan kecemasan berkenaan kejadian diterima pada jam 11.19 pagi.

Katanya, bertindak dengan maklumat, sepasukan enam anggota bersama jentera yang membawa bot digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Kebakaran membabitkan dua rumah atas air yang terbakar sepenuhnya.

“Api berjaya dipadam oleh orang kampung bersama bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lok Urai sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Penduduk kampung memadam kebakaran daripada merebak ke rumah berdekatan dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih, Pulau Gaya. – Foto/Bomba

Menurutnya, pasukan bomba seterusnya membuat pemeriksaan di kawasab kebakaran untuk memastikan tiada bahaya lain.

“Operasi terkawal jam 12.30 tengah hari dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.

“Operasi ditamatkan pada jam 1.05 tengah hari,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut