𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—•π—œπ—–π—”π—₯𝗔 π—˜π—žπ—¦π—˜π—žπ—¨π—§π—œπ—™ π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘ π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔 β€œπ— π—˜π—‘π—šπ—œπ— π—•π—”π—¨ 𝗧π—₯π—”π—šπ—˜π——π—œ π— π—›πŸ­πŸ³: π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—‘π——π—”π—Ÿπ—œπ—”π—‘ π—žπ—₯π—œπ—¦π—œπ—¦ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔”

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—•π—œπ—–π—”π—₯𝗔 π—˜π—žπ—¦π—˜π—žπ—¨π—§π—œπ—™ π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘ π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔 β€œπ— π—˜π—‘π—šπ—œπ— π—•π—”π—¨ 𝗧π—₯π—”π—šπ—˜π——π—œ π— π—›πŸ­πŸ³: π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—‘π——π—”π—Ÿπ—œπ—”π—‘ π—žπ—₯π—œπ—¦π—œπ—¦ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔”

LABUAN : Lebih 300 peserta menghadiri Program Bicara Eksekutif Mengimbau Tragedi MH17 sempena Bulan Keselamatan Negara anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan, di sini semalam.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek berkata, Bulan Keselamatan Negara disambut bulan Julai setiap tahun untuk memupuk kesedaran keselamatan serta meningkatkan tahap kecintaan kepada negara.

Katanya, dalam usaha memastikan negara membangun selari dengan aspek kemampanan, perihal Keselamatan Negara haruslah menjadi tunjang utama.

β€œSekiranya usaha ke arah keselamatan negara dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat, nilai kesejahteraan yang unggul dapat digapai bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program ini di Dewan Kuliah Utama Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Hafiz Mohd Daud berkata, negara selamat memerlukan kedaulatan serta keutuhan wilayah terperlihara, kestabilan sosio-politik, kesepaduan Nasional.

Katanya, ini termasuk tatakelola yang baik, keutuhan ekonomi, keadilan sosial, pembangunan mampan, keselamatan rakyat sekali gus diiktiraf di peringkat antarabangsa.

β€œTragedi pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014 merupakan satu mimpi ngeri dan menyayat hati kepada negara apabila 43 orang rakyat Malaysia termasuk juruterbang serta anak kapal daripada 298 mangsa terkorban.

β€œInsiden ini merupakan satu bentuk ancaman udara berkemungkinan boleh berulang pada masa depan sekiranya negara tidak memberi perhatian serius terhadap langkah untuk mendepani keselamatan melibatkanΒ negara lain,” Mohd Hafiz.

Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri, Khairul Helmi Mokhtar merupakan Ketua Misi MH17 menyampaikan ceramah dalam program tersebut.

Beliau merupakan salah seorang individu penting dalam pengurusan serta pengendalian krisis semasa tragedi pesawat MH

Program ini turut dihadiri Ketua Agensi Kerajaan, Pegawai serta anggota keselamatan, syarikat swasta, pemimpin masyarakat dan ahli Dewan Β Perniagaan serta badan bukan Kerajaan (NGO’s).

Artikel/Berita Terkini

PERANCANGAN STRATEGIK PERKUKUH PRESTASI SYARIKAT

ALBUM: Mohd Ishak merakamkan gambar kenangan bersama Faez dan Catherine serta pihak pengurusan AHSB sempena pertemuan itu. KOTA KINABALU: Pembantu …

PESAWAT TUDM HANTAR BANTUAN MAKANAN KE KAMPUNG SUMAMBU

BANTUAN: Bekalan bantuan makanan dimasukkan ke dalam pesawat helikopter AW139 TUDM untuk dihantar ke Kampung Sumambu, Kemabong. TENOM: Bantuan makanan …

INISIATIF PENDIDIKAN PERKUKUH KOMITMEN KERAJAAN BANTU PELAJAR SABAH

SENTOSA: Hajiji dan jemputan lain bergambar bersama para penerima Bantuan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) dan Bantuan Anugerah …