PADU TIDAK TERIKAT DENGAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang mengumpul data rakyat Malaysia bagi membantu kerajaan antara lain mengukur kedudukan sosioekonomi dengan lebih tepat dan tidak terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709).

Ini kerana akta itu adalah bagi mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial.

Bagaimanapun, ia tidak bermaksud kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak mempunyai liabiliti atau tanggungjawab dalam pengendalian data disebabkan terdapat undang-undang lain seperti Akta Rahsia Rasmi 1972 dan pekeliling yang mengikat pegawai serta penjawat awam bagi tujuan tersebut.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …