LEBIH 50,000 RAKYAT DIJANGKA MERIAHKAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PAHANG

KUANTAN, 16 JULAI 2024: Lebih 50,000 rakyat Pahang dijangka akan memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang pada tahun ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, beliau berharap sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka akan dapat menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun sebelum ini.

Jelasnya, tema kemerdekaan ini dipilih bagi menggambarkan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati diri.

“Kita harapkan lebih ramai lagi kalau dulu 50,000 sekarang saya harapkan lebih lagi. Kita harap dari segi pendedahan media ini media dapat menghebahkan kepada orang ramai supaya lebih pada 50,000 orang yang hadir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Acara Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-67 Peringkat Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Mesyuarat itu membincangkan pelbagai aspek persiapan termasuk pemilihan lokasi perbarisan, penyusunan atur cara, serta penglibatan masyarakat setempat.

Beliau menekankan bahawa kerjasama antara semua pihak adalah penting untuk memastikan kelancaran acara yang akan diadakan pada 31 Ogos nanti.

“Alhamdulillah kita dapati kerjasama agensi-agensi kerajaan yang terlibat baik sebab lagipun perkara-perkara ini telah kita laksanakan setiap tahun jadi tiada masalah yang kita dapati,” katanya.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut