ISU KESESAKAN PELABUHAN KONTENA TELUK SEPANGGAR AKAN DIATASI – SHAHELMEY

KOTA KINABALU: Isu kesesakan kontena di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar, di sini, akan diatasi menerusi kerjasama Majlis Logistik Sabah (SLC) dengan Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) dan syarikat perkapalan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata Kementerian Kerja Raya negeri menerusi SLC sudah mengadakan pertemuan dengan SPSB dan pemain industri, termasuk syarikat perkapalan bagi membincangkan isu kesesakan di pelabuhan itu.

Beliau berkata, hasil perbincangan itu, pihak SLC menerima berita positif dan maklum balas yang membina daripada SPSB dan syarikat perkapalan.

“Perbincangan menumpukan perkongsian komitmen untuk mengatasi bersama isu kesesakan dan menambah baik kecekapan operasi pelabuhan untuk manfaat semua pemegang taruh.

“SLC percaya bahawa melalui usaha yang teratur dan pembabitan aktif daripada semua pihak, kita akan dapat meringankan cabaran semasa dan mengukuhkan keseluruhan rantaian bekalan di Sabah,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini.

 

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Selaraa dengan itu, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya negeri menggesa pemain industri untuk bekerja rapat dengam SLC dan memastikan semua isu atau petkara yang berbangkit disampaikan segera kepada majlis itu bagi memudahkan penyelesaian.

“Kota yakin dengan adanya semangat kerjasama dan komunikasi terbuka, kota dapat mengatasi halangan semasa dan membuka jalan ke arah operasi pelabuhan yang lebih berkesan dan lancar.

“Ia sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan dan kestabilan ekonomi Sabah,” katanya.

Beliau berkata, sebagai platform pengangkutan dan logistik utama kepada semua pemegang taruh, SLC akan memainkan peranan secara agresif demi kebaikan sektor pengangkutan dan logistik di negeri ini. 

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …