FASA KEDUA PROJEK NAIK TARAF LTSIP DIJANGKA SELESAI PADA JAN 2025 – MOT

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Fasa kedua projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Kota Bharu, Kelantan, dijangka selesai pada 26 Jan, 2025, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).

Pada masa ini, projek berkenaan sedang giat dilaksanakan dengan fasa pertama yang melibatkan kerja-kerja pembinaan telah siap pada 30 April, 2024.

Menjelaskan selanjutnya, MOT berkata selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei, 2024, kementerian sedang meneliti skop teknikal dan anggaran kos bagi melaksanakan usaha pemanjangan landasan di LTSIP dengan tambahan 400 meter, menjadikan keseluruhan landasan sepanjang 2,800 meter.

Langkah itu membolehkan LTSIP menampung sepenuhnya operasi pesawat dengan Kod 3C seperti Boeing 737-Max dan Airbus 321 Neo dengan jarak perjalanan sehingga lima jam.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut