DUA KAPAL PINDAH MINYAK TANPA KEBENARAN DITAHAN

KOTA KINABALU: Dua kapal kargo yang sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran di perairan berhampiran Pulau Mantanani, di sini ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), semalam.

Pengarah APMM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, Kapal Maritim (KM) Arau yang sedang melaksanakan rondaan dan operasi mengesan dua kapal dalam keadaan mencurigakan sedang merapat antara satu sama lain.

Katanya, melihat keadaan itu KM Arau menuju ke lokasi bagi memeriksa Kedua-dua kapal berkenaan yang disyaki melakukan aktiviti Ship To Ship (STS).

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal yang berdaftar di Malaysia itu masing-masing dikendalikan oleh lapan kru warga tempatan termasuk nakhoda.

“Pemeriksaan seterusnya mendapati kedua-dua kapal itu gagal mengemukakan dokumen lesen (Akta Kawalan Bekalan 1961) CSA dan lesen (Akta Kemajuan Petroleum 1974) PDA bagi tujuan memindahkan minyak diesel,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, keseluruhan hasil rampasan kedua-dua kapal dan minyak diesel dianggarkan berjumlah hampir RM80,000.

Dua buah kapal ditahan kerana melakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran di perairan berhampiran Pulau Mantanani. – Foto/APMM

“Kedua-dua kapal ditahan dan kes disiasat mengikut Akta Bekalan 1961, Akta Kastam 1987 dan Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya serius melaksanakan pemantauan operasi dan penguatkuasaan supaya komuniti di laut sentiasa patuh kepada undang-undang yang digariskan oleh pihak berwajib.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan salah laku atau aktiviti jenayah di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Sabah dan Labuan di talian 088-387774 atau talian kecemasan NG999 yang beroperasi 24 jam.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut