𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 𝗦𝗔𝗑𝗧𝗨𝗑 & π—–π—œπ—Ÿπ—œπ—ž π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—π—”π—Ÿπ—”π—‘ π—₯𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Kempen Keselamatan Jalan Raya di peringkat institusi pendidikan semasa musim perayaan giat diadakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang. Program Santun Keselamatan Jalan Raya ini dilaksanakan melalui medium advokasi di mana pihak JPJ Negeri Pulau Pinang menyantuni ibu bapa dan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu yang hadir ke sekolah tanpa memakai topi keledar serta memakai topi keledar yang tiada kelulusan dari pihak SIRIM.Β  Turut diadakan program cilik di Tabika Perpaduan Mak Mandin 1A dan Tabika Perpaduan Pangsapuri Ampang Jajar.
Program seumpama ini diadakan bagi memperkasakan kempen keselamatan dan pematuhan undang-undang terhadap penunggang motosikal di peringkat institusi pendidikan. Program ini menekankan kepentingan memakai topi keledar yang mendapat pensijilan daripada SIRIM dan sekaligus dapat mengurangkan risiko kemalangan di kalangan murid.
Sumber : JPJΒ  Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …