𝗒𝗣𝗦 π—¦π—”π— π—¦π—˜π—‘π—š π—π—”π—Ÿπ—”π—‘π—”π—‘

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

 

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang bersama JSPT IPK Pulau Pinang, JSPT SPU, AADK dan JAS telah berkolaborasi bersama melaksanakan Ops Samseng Jalanan, pencegahan lumba haram di Lebuhraya Lingkaran Dalam Butterworth ( BORR ). Penguatkuasaan ini bermula jam 2.00 pagi sehingga 7.00 pagi, bertujuan bagi mencegah aktiviti samseng jalanan, rempit, lumba haram atau uji kelajuan motosikal, yang didapati terdapat aktiviti ini terutama pada lewat malam hingga ke awal pagi.
Antara kesalahan dikesan dalam operasi ini ialah pengubahsuai motosikal secara extreme bagi tujuan tambah kelajuan, tayar sotong, tanggal brek belakang, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dibenarkan, tukar swing arm, ubahsuai ekzos, ganggu usik nombor enjin, pemandu bawah umur, tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh serta tiada perlindungan lnsuran dan lain-lain kesalahan teknikal. Sebanyak 243 notis saman dan kesalahan teknikal telah dikeluarkan oleh JPJ dan turut menyita 18 buah motosikal yang mekakukan pengubahsuai secara berlebihan bertujuan kearah lumba haram.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …