π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—–π—˜π—šπ—”π—›π—”π—‘ π—π—˜π—‘π—”π—¬π—”π—› π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” (𝗠𝗖𝗣𝗙)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Hj Ahmad telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pulau Pinang yang diketuai oleh Penasihat MCPF Pulau Pinang, Prof. Madya Dato’ Dr P. Sundramoorthy, di Bilik Tetamu Seri Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara PDRM Kontinjen Pulau Pinang dan MCPF dalam usaha mencegah jenayah di Negeri Pulau Pinang. Kedua-dua pihak membincangkan pelbagai inisiatif dan program pencegahan jenayah yang boleh dijalankan secara bersama untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
Sumber : PDRM Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/PolisPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut