KRT TINGKAT KESELAMATAN, KEHARMONIAN KOMUNITI

KRT Tingkat Keselamatan, Keharmonian Komuniti

Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan bersama menjaga keselamatan tempat kediaman menerusi Kelab Rukun Tetangga (KRT) semakin meningkat. Hal ini dimana, penubuhan KRT bukanlah untuk mengambil alih tugas anggota keselamatan, tetapi ia lebih kepada membantu anggota keselamatan ketika menjalankan tugas dan secara tidak langsung mewujudkan suasana harmoni dalam kawasan komuniti masing-masing. KRT melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) serta program Rondaan Awam Polis dan Angkatan Tentera (RAPAT) bersama pasukan keselamatan ialah antara usaha yang dapat mengeratkan hubungan komuniti. Program SRS dan RAPAT bersama pasukan keselamatan dapat menarik pembabitan masyarakat dalam mengawal keselamatan di kawasan masing-masing.

Dapat kita lihat, Kes pecah masuk rumah seringkali kita dengar berlaku di kawasan-kawasan penduduk. Oleh itu, langkah pengawalan kawasan perumahan selalunya dilakukan di bahagian hadapan rumah dan belakang rumah bagi memastikan tiada situasi yang mencurigakan.  Melalui SRS, walkie-talkie digunakan bagi membuat laporan semasa rondaan dijalankan. Selalunya, aktiviti rondaan akan dijalankan di waktu malam. Rondaan akan bermula jam 3.00-5.00 pagi kerana dilaporkan waktu begini adalah waktu kritikal sering berlakunya kes pecah masuk rumah. Tambahan lagi, terdapat juga kawalan di waktu siang namun di mana ia lebih kepada pemantauan dari dalam rumah sahaja. SRS malam biasanya hanya melibatkan enam orang atau lebih mengikut luas kawasan perumahan dan secara bergilir-gilir mengikut jadual yang ditetapkan. Kesimpulannya, prestasi dan komitmen tinggi ditunjukkan semua ahli KRT membolehkan penduduk daerah, taman dan kawasan hidup harmoni, selamat dan bersatu padu.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …