KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa tiada kenaikan harga barang yang luar biasa dikesan susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel sejak 10 Jun lepas.
Melalui Ops Kesan, bahagian penguatkuasaan KPDN telah melaksanakan 14,195 pemeriksaan ke atas pelbagai premis perniagaan bagi memastikan tiada aktiviti pencatutan dan dari jumlah tersebut, sebanyak 243 notis dikeluarkan untuk memohon penjelasan kenaikan harga yang tidak munasabah.
Pihak KPDN menggerakkan 2,200 pegawai penguatkuasa dan 900 pegawai pemantau harga setiap hari bagi memantau dan mengumpul data simpanan stok (SKU) harga barang.
Sumber: Bernama, Sinar Harian



