RM21.1 JUTA ELAUN SARA HIDUP DISALUR KEPADA NELAYAN SABAH TAHUN INI: MOHAMAD SABU

SANDAKAN: Sebanyak RM21.1 juta elaun sara hidup disalurkan kepada 7,502 nelayan di Sabah tahun ini dalam menjaga kebajikan mereka, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata RM450,000 pula disalurkan kepada 30 nelayan di negeri ini bagi meningkatkan kapasiti nelayan B40 untuk membantu golongan itu meningkatkan taraf hidup serta kemahiran mereka.

Antara bantuan lain yang turut disalurkan khusus kepada kelompok nelayan Sabah ialah Projek Khas Perumahan Nelayan, Skim Perlindungan Keselamatan Nelayan, serta Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memastikan kebajikan nelayan di negara ini terbela,” kata Mohamad ketika berucap menyempurnakan program ramah mesra Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama nelayan Sandakan di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga meluluskan peruntukan RM1 juta projek khas perumahan nelayan membabitkan 60 rumah nelayan di Sabah yang bertujuan memberi kesejahteraan hidup untuk golongan itu.

Mohamad berkata tahun ini kerajaan masih meneruskan skim subsidi diesel serta petrol nelayan dengan kuota bersubsidi diluluskan berjumlah 70 juta liter sebulan, dan kadar harga subsidi ditetapkan adalah RM1.65 seliter bagi kedua-dua jenis minyak itu, dan di Sabah 6,782 nelayan menikmati subsidi berkenaan.

“Kesemua insentif yang disalurkan itu membuktikan komitmen kerajaan membantu meringankan beban nelayan selain berusaha meningkatkan lagi taraf ekonomi nelayan di negara ini,” katanya.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Boreno Online

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut