Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia

Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) diluluskan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

MCBA antara lain akan mengambil alih fungsi agensi berkaitan di pintu masuk negara seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Namun, pengambilalihan itu tidak termasuk fungsi pentafsiran dan kutipan duti atau cukai di pintu masuk kekal seperti di bawah JKDM, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan Kementerian Kesihatan.

Peralihan fungsi ini juga tidak akan menjejaskan agensi atau kementerian berkaitan di luar kawasan pintu masuk yang turut memainkan peranan sebagai entiti semak dan imbang kepada kemasukan orang, barangan dan kenderaan ke negara ini yang telah melepasi kawalan MCBA di pintu masuk negara.

 

Sumber: Sinar Harian, Bernama

Artikel/Berita Terkini

HEBAT: RAKYAT MELAKA PUAS DAPAT BERTEMU PEMIMPIN LUAH MASALAH

Seri Negeri – Rakyat Melaka meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberikan peluang bertemu pemimpin secara langsung pada Hari Ahli …

OPERASI LORONG KOSONG (Ops LOKOS) MBMB

Melaka Tengah – Operasi Lorong Kosong (Ops LOKOS) MBMB Bil. 21 Tahun 2025 anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB …

SARAPAN BUKAN SEKADAR MAKAN – IA PELINDUNG KESIHATAN ANDA

Sarapan Bukan Sekadar Makan – Ia Pelindung Kesihatan Anda! Ramai yang abaikan sarapan sebab sibuk. Tapi sarapan penting untuk: 🔋 …