Buli siber: Kerajaan cadang pinda Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang mempertimbangkan cadangan meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi membanteras gejala buli siber.

BHEUU JPM juga akan meneliti pindaan berbangkit ke atas Kanun Tatacara Jenayah untuk memastikan peruntukan jenayah buli siber dapat dikuatkuasakan secara efektif.

Kerajaan juga sedang memperhalusi dasar bagi cadangan penggubalan suatu rang undang-undang (RUU) baharu dengan matlamat utama untuk meningkatkan tahap kebertanggungjawaban penyedia perkhidmatan dalam talian mengenai isu keselamatan dalam talian.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut