LELAKI ADA 13 REKOD JENAYAH LAMPAU, DITAHAN LAGI

Seorang lelaki yang mempunyai 13 rekod jenayah lampau, sekali lagi diberkas selepas cuba meragut beg silang dibawa seorang penunggang motosikal di sebuah kawasan perumahan di Sikamat, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa dibantu orang awam yang mendengar jeritannya sebelum suspek berusia 46 tahun berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, insiden berlaku ketika mangsa lelaki berumur 39 tahun dikatakan sedang menunggang motosikal dan didatangi suspek yang juga menunggang motosikal lalu cuba meragut beg silangnya. Berikutan itu, mangsa dipercayai menjerit meminta tolong sambil cuba menghalang tindakan suspek sehingga berlaku pergelutan antara kedua-duanya. Hasil bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian, suspek berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.

Suspek didapati adalah penduduk tempatan serta mempunyai 13 rekod lampau membabitkan jenayah samun, mendatangkan kecederaan, perbuatan khianat dan dadah. Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan. Dengan tertangkapnya lelaki itu, pihak polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes ragut sebelum ini yang menyasarkan mangsa sedang berjalan dan menunggang motosikal di sekitar kawasan daerah Seremban.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …