HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PENUBUHAN JAWATANKUASA PILIHANRAYA PERSEKUTUAN DIBENTUK

Pada hari ini (15 Julai) dalam tahun 1953, Timbalan Pesuruhanjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald McGillivray telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihanraya Persekutuan.Pengumuman ini dibuat di Mesyuarat Majlis Undangan Persekutuan.

Sir Donald McGillivray dalam ucapannya menyatakan bahawa Pesuruhanjaya Tinggi, Sir Gerald Templer dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan telah bermesyuarat dan bersetuju melantik 46 orang ahli Majlis Undangan Persekutuan untuk menjadi ahli Jawatankuasa Pilihanraya tersebut. Tuan D.C. Waterston telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya Persekutuan ini. Selain daripada kesembilan orang Menteri-menteri Besar Negeri Melayu, antara lain ahli-ahli Jawatankuasa ini adalah Dato’ Sir Onn bin Jaafar, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Col. H.S. Lee, Tuan Leong Yew Koh, Tuan C. Thuraisingam. Nik Ahmad Kamil bin Hj. Nik Mahmood, Tuan M.N Menan, Tuan Hj. Sheik Ahmad bin Sheik Mustaffa dan lain-lain.

Tugas-tugas Jawatankuasa Pilihanraya Persekutuan ini adalah untuk meneliti perkara-perkara yang berkaitan dengan pilihanraya ke Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dan meneliti perubahan-perubahan perlembagaan dalam kerajaan Persekutuan yang berbangkit daripadanya serta membuat syor-syor.Dalam mesyuarat Jawatankuasa yang pertama satu Jawatankuasa kecil dibentuk untuk melaksanakan tugas dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Besar Pilihanraya Persekutuan yang diumumkan pembentukannya pada hari ini dalam tahun 1953.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Matriks Keselamatan Negara: Demokrasi Berpelembagaan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …