HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PEMAJAKAN SEBERANG PERAI OLEH BRITISH

Pada hari ini dalam tahun 1800, Sir George Leith Bart, Leftenan Gabenor Pulau Pinang telah memajak sebuah kawasan di daratan negeri Kedah, bersetentangan dengan Pulau Pinang yang dikenali sebagai Seberang Perai daripada Sultan pemerintah negeri Kedah.

Urusan pemajakan itu dibuat tanpa perbincangan yang sewajarnya dengan mana-mana pihak termasuk Sultan Dhiauddin yang menjadi Raja Kedah ketika itu. Apa yang diketahui hanyalah pertemuan seorang wakil yang dihantar oleh Sir George Leith bernama Caunter untuk menemui Sultan Dhiauddin pada akhir Jun tahun 1800 bagi memajak kawasan tersebut. Berikutan dari pertemuan wakil Leith dengan Sultan Dhiauddin, Britih telah menghantar orang-orangnya untuk membuat penempatan di Seberang Perai yang kemudiannya dinamakan Province Wellesly.

Spekulasi dari sesetengah pihak pula menyatakan bahawa Sultan Kedah telah menjual kawasan tersebut dengan harga 2,000 pesos.  Hakikat sebenarnya kawasan ini hanyalah dipajakkan sahaja kepada British dengan bayaran sagu hati sebanyak empat ribu ringgit tiap-tiap tahun kepada Sultan Kedah.  Ini bermakna Kompeni Inggeris mesti membayar 10,000 ribu ringgit kepada Sultan Kedah kerana memajak Pulau Pinang dan Seberang Perai. Pemajakan ini dibuat bukanlah berdasarkan minat British untuk memajukan Seberang Perai tetapi demi menjaga kepentingan perdagangan Pulau Pinang. Kawasan di seberang itu diambil supaya dapat menyekat kemungkinan wujud sebuah pelabuhan saingan yang berdekatan.

Pada masa yang sama, British mengesyaki bahawa Seberang Perai menjadi tempat persembunyian lanun-lanun yang sentiasa mengganggu keamanan Pulau Pinang. Keadaan Seberang Perai yang berhutan dan berpaya dengan penduduk yang kurang memudahkan penjenayah yang lari dari Pulau Pinang melepaskan diri dari hukuman. Tambahan pula British ingin menjadikan Seberang Perai sebagai kawasan bercucuk tanam supaya Britih di Pulau Pinang tidak terlalu mengharap bekalan makanan dari negeri Kedah. Sesungguhnya British hanya memajak Seberang Perai demi kepentingan perdagangan di Pulau Pinang. Dengan janji yang manis Pulau Pinang dan Seberang Perai dikuasai seolah-olah miliknya sendiri malah di satu masa yang lain sejarah mencatatkan keengkaran British menepati janjinya dan persetujuan yang dimetrai.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

 

Teras 1: Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut