๐ญ๐ฐ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ (๐๐ต๐ฎ๐ฑ) – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Muar telah menganjurkan Program Jalinan Ukhuwah dan Sesi Libat Urus Pegawai Daerah Muar Bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) Muar dan Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, Muar.
Program ini telah dihadiri ketua-ketua jabatan dan agensi keselamatan daerah Muar seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Antara pengisian program adalah Mesyuarat JKKD Muar, Taklimat Keselamatan, dan Latihan Menembak Bersama Warga Batalion 6 PGA Bakri. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta meningkatkan jalinan kerjasama antara MKN Negeri Johor dan rakan strategik agensi dan jabatan dalam menjaga dan mengekalkan keselamatan dan keamanan di daerah Muar dan negeri Johor.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Daerah Muar, warga kerja Pejabat Daerah Muar , Batalion 6 PGA Bakri serta peserta-peserta yang hadir dan terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga hubungan baik antara MKN Negeri Johor dan rakan strategik agensi dan jabatan ini berkekalan dan bertambah baik dari masa ke masa.