TIPS DAN PANDUAN KESELAMATAN DI RUMAH

Apabila bercakap mengenai keselamatan di rumah semestinya kita fokus kepada penjagaan kanak-kanak terutamanya anak kecil. Berikut adalah beberapa peringatan yang perlu ibu bapa ketahui untuk menjaga aspek keselamatan anak semasa berada di rumah:

Keselamatan balkoni

  • Jauhkan bangku, meja dan kerusi daripada pagar balkoni.

Ia adalah satu naluri biasa pada kanak-kanak yang ingin memanjat pagar atau     perabot untuk melihat pemandangan yang lebih baik. Namun dalam masa yang      sama, ia meningkatkan risiko untuk anak terjatuh. Jika kawasan balkoni terhad,          sebaiknya biar ia berada dalam keadaan tanpa perabot. Cuma bawa keluar       beberapa kerusi jika ingin melayan tetamu di sana.

  • Waspada jarak antara palang pagar balkoni

Jarak antara palang bar di balkoni seharusnya tidak boleh melebihi 4 inci. Ia         bertujuan untuk menghalang kanak-kanak walaupun bersaiz kecil untuk          melepasi pagar tersebut. Sekiranya ketinggian balkoni adalah lebih daripada 1 meter di atas paras tanah, ia mesti lah mempunyai pagar atau penghadang.

Ini bermakna jika tidak tinggal di kondo atau pangsapuri, tetapi mempunyai           teres bertingkat, ia harus mempunyai pagar. American Academy of Pediatrics     (AAP) mencadangkan agar ketinggian pagar balkoni haruslah sekurang-       kurangnya 3 kaki atau 1 meter.

  • Pintu ke balkoni sentiasa berkunci, penting untuk penjagaan kanak-     kanak 

Anak-anak pada masa ini bijak-bijak belaka, malah yang masih kecil sekali pun    ada kalanya sudah pandai untuk membuka pintu yang berkunci. Jadi      penyelesaian terbaik adalah untuk memasang 2 jenis kunci yang berbeza. Jika       pintu ke balkoni jenis pintu gelangsar atau sliding door, anda boleh meletakkan        papan penyelak pada landasan pintu untuk mengelakkan daripada terbuka.

Keselamatan di bahagian dapur

Kebanyakan jenis rumah yang diubah suai atau unit kondo menggunakan susun atur terbuka, menjadikan kawasan seperti dapur mudah diakses untuk semua individu termasuk kanak-kanak. Jadi pastikan pisau dan peralatan dapur lain diletakkan jauh daripada capaian anak.

Sekiranya perlu, pasang kunci dan selak kalis kanak-kanak (kid-proof lock & latches) pada kabinet dan rak – terutamanya yang menyimpan peralatan berbahaya atau bekalan pembersih seperti peluntur atau semburan beracun. Gunakan stove guard untuk menutup atau mengunci tombol dapur masakan, pastikan setiap pemegang periuk atau kuali dialihkan ke belakang untuk mengelakkan ia mudah dicapai anak semasa sedang memasak. Anda juga boleh memasang pengadang sudut pada meja dan kaunter dapur.

Pastikan bilik mandi selamat

Dalam menitikberatkan aspek penjagaan kanak-kanak dan keselamatan di rumah, anda perlu ketahui bahawa bilik air adalah antara tempat berbahaya untuk anak kerana mereka boleh lemas walaupun dalam air takungan yang cetek serta tergelincir. Anda boleh letakkan tikar getah pada lantai bilik air terutamanya di bahagian pancuran mandian atau tab mandi untuk mengurangkan lantai daripada licin.

Pilih pemanas air yang mempunyai peranti anti-panas atau pasangkan peranti tersebut pada kepala pancuran mandian untuk memastikan kulit anak tidak melecur atau terkena air yang terlalu panas. Paling penting, jangan pernah meninggalkan anak di dalam bilik mandi tanpa pengawasan.

Bahagian tingkap

Berikut antara aspek keselamatan pada tingkap di rumah, sentiasa pastikan semua tingkap agar:

  • Tidak dibuka lebih daripada 12.5 cm.
  • Mempunyai selak, kunci atau pengadang tingkap untuk menghentikan        pembukaan tingkap lebih daripada 12.5 cm.
  • Hanya boleh dibuka daripada atas.
  • Jauhkan perabot, katil daripada tingkap untuk mengelakkan anak    menggunakannya untuk memanjat tingkap.
  • Ajar anak untuk bermain jauh daripada tingkap.
  • Sentiasa awasi anak yang bermain berhampiran tingkap.

Lindungi palam elektrik, aspek keselamatan di rumah yang penting

Sikap ingin tahu anak terutamanya yang masih kecil membuatkan mereka akan menyentuh segalanya termasuklah soket elektrik. Pastikan setiap palam atau soket elektrik dilindungi menggunakan pelindung keselamatan untuk mengelakkan anak daripada memasukkan jari.  Wayar juga perlu dipastikan sentiasa kemas dan tidak berselirat di lantai – jauh daripada jangkauan anak-anak.

Ajari anak aspek keselamatan di rumah

Tip terakhir dalam memastikan keselamatan anak semasa di rumah adalah dengan mengajar mereka mengenai aspek keselamatan dan mematuhi peraturan apabila berada di kawasan dengan pagar balkoni. Tetapkan beberapa peraturan asas seperti:

  •  Balkoni adalah kawasan terlarang untuk bermain melainkan bersama  individu dewasa.
  • Dilarang memanjat pagar balkoni atau perabot yang terletak di sana.

Sumber: Hello Doktor

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut