KENANGA INVESTORS BERHAD PERKASA USAHA PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

BESUT – Syarikat pengurusan aset, Kenanga Investors Berhad tampil sebagai penaja utama bagi memperkasa usaha pemuliharaan alam sekitar dengan menganjurkan program Sukarelawan Antarabangsa Dive Against Debris (DAD) di Pulau Perhentian.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilaksanakan bagi mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG) 13 untuk menangani isu perubahan iklim serta SDG 14 iaitu mengurangkan pencemaran marin serta melindungi ekosistem marin yang sihat.

Penasihat program, Datuk Zuraidah Atan berkata, program diadakan selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Jun di Long Beach, Pulau Perhentian Kecil dekat sini disertai kira-kira 120 sukarelawan termasuk pelancong asing.

Menurutnya, program bagi fasa kedua itu merupakan susulan selepas penajaan bagi program fasa pertama yang diadakan pada 8 hingga 10 September tahun lalu. “Penajaan Kenanga Investors menekankan komitmen mereka terhadap kelestarian alam dan penglibatan komuniti. Penglibatan mereka dalam program ini menunjukkan dedikasi mereka terhadap CSR terutama dalam pemuliharaan alam sekitar.

Penajaan syarikat ini memainkan peranan penting dalam memudahkan logistik dan pelaksanaan keseluruhan acara, membolehkan penyertaan besar-besaran sukarelawan dan penyelam. “Inisiatif ini tidak hanya menekankan komitmen mereka terhadap kelestarian tetapi juga meningkatkan reputasi mereka sebagai organisasi yang bertanggungjawab secara sosial,” katanya kepada Sinar Harian, di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, program fasa kedua dianjurkan Black Eye Scuba Team (BEST) bersama Yayasan Salam Malaysia (SALAM) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Besut itu melibatkan aktiviti pembersihan pantai secara menyeluruh. Selain itu, katanya, turut diadakan ceramah pemuliharaan marin di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian di perkampungan nelayan tempatan.

“Kira-kira 150 sukarelawan, termasuk peserta luar negara seperti China, Jordan, Pakistan, Nigeria, Iraq, USA, Morocco serta para pelancong turut mengambil bahagian dalam usaha pembersihan.

“Selain itu, seramai 32 penyelam sukarelawan BEST DAD terlibat dalam pengumpulan sisa bawah air dan berjaya membawa naik 37 kilogram (kg) sampah dari dasar laut. “Sukarelawan termasuk penyelam mengumpulkan seberat 178.85 kg sampah di kawasan pantai menjadikan keseluruhan 215.85 kg sampah dikutip bagi tempoh dua hari berturut-turut,”katanya.

Jelas beliau, sampah yang dikumpulkan akan ditimbang, diasing dan dibuang dengan cara betul serta direkodkan. “Data yang terkumpul akan dihantar kepada Taman Laut, PADI Aware Foundation, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mematuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) organisasi tersebut,” katanya.

Sumber ; Sinar  Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut