PENGANGGUR LANGGAR PERINTAH PENGAWASAN POLIS DIPENJARA 24 BULAN

Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat menjatuhi hukuman 24 bulan penjara terhadap seorang penganggur selepas mengaku bersalah melanggar perintah pengawasan polis empat tahun lalu. Tertuduh, Mohd Zamree Abdullah, 34, dari Kuala Rompin, Pahang membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai seorang yang dikenakan Perintah Pengawasan Polis di Bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan di bawah pengawasan Polis bagi tempoh dua tahun mulai 4 Februari 2020 hingga 3 Februari 2022 didapati telah melanggar syarat serta meninggalkan Mukim Chembong, Rembau sepertimana yang diperintahkan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 6 Februari 2020 jam lebih kurang 10.30 malam di sebuah rumah di Rembau. Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan boleh dihukum dibawah Akta yang sama. Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara hingga 10 tahun dan tidak kurang daripada dua tahun. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sebelum itu, Muhammad Amirul memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dikenakan hukuman penjara lebih berat.

Ia berikutan tertuduh pernah didakwa pada Februari 2020 dan tertuduh mendapat jaminan daripada mahkamah namun tertuduh terus menghilangkan diri sebelum berjaya ditangkap semula. Mengikut fakta kes, tertuduh didapati tiada di kediamannya di Taman Dato Lela Maharaja ketika pemeriksaan dilakukan anggota polis dari Balai Polis Chembong. Mengikut perintah sekatan, tertuduh perlu berada di rumah dari jam 8 malam sehingga 6 pagi dan hanya boleh meninggalkan kediaman dengan kebenaran khas Ketua Polis Daerah. Semakan turut mendapati kali terakhir tertuduh melaporkan diri di balai polis pada jam 9.30 pagi, 5 Februari 2020.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …