NEGERI SEMBILAN KELUAR GARIS PANDUAN TAPAK PERKHEMAHAN – EXCO

Kerajaan Negeri Sembilan mengeluarkan Garis Panduan Perancangan (GPP) tapak perkhemahan di negeri ini sebagai langkah keselamatan sekali gus mengelakkan kejadian yang meragut nyawa. Menurut Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan, J Arul Kumar, kerajaan negeri mengambil iktibar rentetan daripada kejadian tanah runtuh yang melibatkan sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor pada 16 Disember 2022 yang mengorbankan 31 nyawa. Sehubungan itu, kita komited untuk mewujudkan suatu permit khas atau kelulusan kepada semua pengusaha tapak perkhemahan yang sedang dan telah beroperasi di Negeri Sembilan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan keselamatan pengunjung.

GPP ini merangkumi perancangan tapak perkhemahan, mekanisme pemajuan dan kawal selia tapak perkhemahan serta pengurusan operasi tapak perkhemahan. Garis panduan ini turut menggariskan beberapa elemen penting di dalam perancangan tapak perkhemahan termasuklah kesesuaian lokasi dan tapak, zon guna tanah yang dibenarkan, peletakan plot khemah, penyediaan kemudahan asas serta penyediaan utiliti yang bersesuaian bagi pembangunan sesebuah tapak perkhemahan.

Pihaknya juga akan melakukan pemutihan membabitkan tapak perkhemahan sedia ada iaitu beroperasi sebelum 1 Januari lalu sahaja. Tiada sebarang denda dikenakan dalam tempoh pemutihan ini. Tempoh masa bagi program pemutihan adalah sehingga 31 Disember ini di mana pemohon perlu mengemukakan permohonan permit bangunan sementara (PBS). Kelulusan PBS ini boleh dilanjutkan sehingga tempoh dua tahun tertakluk kepada kelulusan PBT.

Dalam pada itu, menerusi penyediaan garis panduan ini, turut ditekankan aspek kawalan perancangan dan penguatkuasaan yang lebih tegas khususnya oleh PBT bagi mempertimbangkan kelulusan pelan tapak perkhemahan. Penguatkuasaan akan dibuat bermula Januari 2025 sekiranya pengusaha atau pemilik tidak mengemukakan permohonan sebelum 31 Disember ini. Menteri Besar juga menegaskan tidak dibenarkan mendirikan tapak perkhemahan di kawasan pantai awam milik kerajaan negeri. Selain itu mekanisme kawal selia bagi tapak perkhemahan sedia ada seperti fi, denda dan pemutihan juga diperhalusi dalam garis panduan ini.

Selain isu, keselamatan awam di tapak perkhemahan, beberapa isu utama dikenal pasti melalui kajian GPP ini termasuk kacau ganggu dan pencemaran alam sekitar seperti kesesakan, vandalisme, gangguan binatang liar dan kerosakan kepada sumber alam. Sementara itu potensi dan peluang penjanaan ekonomi domestik daripada operasi tapak perkhemahan yang semakin berkembang wajar dimanfaatkan sebaiknya terutamanya kepada golongan muda.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1 2025 MENGIKUT KATEGORI

Kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025 bermula 22 Januari 2025 kepada 8.3 juta penerima …
Maklumat Lanjut

PERKASA TUISYEN RAKYAT UNTUK PELAJAR DUN REMBIA

Rembia – Pelaksanaan Tuisyen Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia diteruskan bagi membantu kecemerlangan pelajar yang bakal menduduki …
Maklumat Lanjut

KUNJUNG HORMAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI MELAKA KEPADA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA

Seri Negeri – Kunjungan hormat Encik Norazle bin Sulaiman, Pengarah Keselamatan Negeri serta pegawai-pegawai dari Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka …
Maklumat Lanjut