LARANGAN KELUAR, AMBIL HASIL KUPANG DAN KERANG MASIH DIKUATKUASAKAN

Jabatan Perikanan Negeri Sembilan masih menguatkuasakan larangan pengeluaran dan pengambilan hasil kupang dan kerang-kerangan di negeri ini susulan kupang di Port Dickson dicemari biotoksin berbahaya serta tidak selamat dimakan pada April lalu. Menurut Pengarahnya, Kasim Tawe, ia berikutan kadar kandungan biotoksin yang tidak stabil selain penemuan alga berbahaya spesies Alexandrium dalam jumlah yang banyak antara faktor ia dikuatkuasakan. Walaupun hasil ujian makmal menunjukkan kadar biotoksin pada kupang sudah berada di bawah had pengambilan selamat untuk manusia namun bacaannya tidak stabil. Had pengambilan selamat untuk manusia adalah di bawah 800 per bilion (ppb) namun hasil sampel makmal kebelakangan ini tidak stabil. Kadang-kala ia menunjukkan bacaan 470 ppb kemudian ada naik kembali menjadi 600 ppb, oleh itu kami ambil keputusan untuk kekal membuat larangan tersebut.

Dalam pada itu, selain kandungan biotoksin, pertimbangan pihaknya juga berdasarkan alga berbahaya spesies Alexandrium yang dijumpai dalam jumlah yang banyak. Alga ini wujud semula jadi, jika bilangan kecil ia tidak memberi impak kepada kupang namun jika terlampau banyak ia akan memberikan kesan dengan pengumpulan biotoksin pada sel kupang. Pihaknya masih menunggu tiga keputusan ujian makmal sebelum kami memberikan kebenaran semula kepada pengeluaran hasil kupang dan kerang-kerangan di Port Dickson mungkin dalam beberapa minggu lagi, pihaknya boleh maklumkan ia kini ke arah positif.

Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Perikanan Malaysia mengesahkan kupang di Port Dickson dicemari oleh biotoksin berbahaya dan tidak selamat dimakan selepas analisis mendapati terdapat tiga alga berbahaya iaitu spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia. Analisis tersebut dibuat selepas terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang termasuk dua kes kritikal berlaku di Port Dickson. Pada 21 Mei lalu, hasil ujian makmal menunjukkan kandungan biotoksin pada kupang di Port Dickson mencatatkan bacaan 498 ppb.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut