DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Kempen Keselamatan Jalan Raya di peringkat institusi pendidikan giat diadakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang. Program Bimbing ini dilaksanakan melalui medium ceramah yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau.
melibatkan 500 pelajar dan guru. Program ini diadakan bagi memperkasakan kempen keselamatan dan pematuhan undang- undang terhadap penunggang motosikal di peringkat institusi pendidikan.
Ceramah ini juga menekankan kepentingan memakai topi keledar yang mendapat pensijilan daripada SIRIM dan beberapa tips keselamatan pemanduan turut dikongsi oleh penceramah.
Program Bimbing ini dapat juga memberi kesedaran kepada pelajar berkenaan pengubahsuaian motosikal yang menjurus kepada isu rempit di kalangan pelajar.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang