MAJLIS PERASMIAN PROGRAM INTERGOVERNMENTAL AND NGO’S DISASTER RESPONSE AND COORDINATION WORKSHOP FOR STATE OF SABAH.

KOTA KINABALU (9 Julai): Majlis Perasmian Program INTERGOVERNMENTAL AND NGO’S DISASTER RESPONSE AND COORDINATION WORKSHOP FOR STATE OF SABAH telah disempurnakan oleh Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A. Wahid Khan.

Program yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 9 sehingga 11 Julai 2024 di Ibis Style Hotel Inanam ini mengumpulkan beberapa agensi dan pihak swasta antaranya termasuklah MKN Sabah, NADMA, PHEDNP, APM, JKM, Yayasan TM dan RED A Humanitarian Development Global.

Selari dengan Bulan Keselamatan Negara 2024 dan Teras ke-8 Dasar Keselamatan Negara (DKN) yang menumpukan kepada Keselamatan Rakyat, kepentingan dan kesiapsiagaan untuk berhadapan dengan krisis dan bencana dan tanggungjawab mengendalikan situasi berkenaan tidak hanya terletak pada jentera kerajaan semata-mata telah ditekankan oleh Pengarah Keselamatan Negeri semasa ucapan perasmian program.

Penyelarasan di antara agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) amat penting bagi memastikan keberkesanan bantuan kemanusiaan dan mengurangkan pertindihan (redundancy) semasa memberikan bantuan di lapangan.

Program seperti ini juga amat perlu bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat (Community Resilience) terhadap ancaman keselamatan, selaras dengan strategi memelihara teras negara di bawah strategi Keselamatan Negara ke-7 (Memperkukuh Sumber Manusia), strategi ke-32 (Mempertingkatkan Ketahanan Rakyat) dan strategi ke-38 (Pemerkasaan Komuniti & Semangat Kesukarelawanan).

Adalah diharapkan agar program ini mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi manfaat menyeluruh kepada agensi dan pihak NGO yang terlibat.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …