KPDN SEMPORNA SERBU JETI HARAM, RAMPAS LEBIH 4,000 LITER PETROL

SEMPORNA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah merampas lebih 4,000 liter minyak petrol disyaki diseleweng dalam serbuan di sebuah jeti tidak berdaftar di Kampung Tampi-Tampi, di sini, semalam.

Serbuan kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Semporna berdasarkan hasil risikan selama seminggu sebelum serbuan itu dijalankan.

Ketua KPDN Cawangan Semporna, Jong Jee Leong berkata, hasil serbuan itu menyita 4,025 liter petrol yang ditemui dalam 161 unit tong berkapasiti 25 liter setiap satu yang disyaki diselewengkan.

Katanya, turut disita barangan yang terbabit dalam aktiviti haram itu adalah kereta Perodua Myvi, bot laju, enjin sangkut, kereta sorong, tong kosong dan tong berisi petrol bercampur 2T.

“Tiada tangkapan dilakukan selepas semua suspek yang berada di lokasi kejadian bertindak terjun ke dalam paya dan melarikan diri ke kawasan bakau.

“Nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM74,172.50,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tong berisi petrol, bot dan kereta disita oleh KPDN dalam serbuan di sebuah jeti haram di Kampung Tampi-Tampi, Semporna. – Foto/KPDN

Menurutnya, berdasarkan makluman awam, jeti itu tidak berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan serta tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan minyak petrol di lokasi berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri ini supaya tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui saluran WhatsApp iaitu 019-848 8000 atau Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut