PAPAN TANDA IKLAN HARAM, MBS RUGI HAMPIR SETENGAH JUTA

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kehilangan hasil lebih setengah juta disebabkan pemasangan papan tanda iklan haram sepanjang tahun ini. Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim, sebanyak 225 papan tanda yang telah mendapat arahan tanda roboh manakala 145 daripadanya telah pun diambil tindakan tahun ini. Masih ada 80 lagi papan tanda yang dalam proses untuk dirobohkan dan ia dijangka selesai selewat-lewatnya hujung bulan depan.

Isu ini telah lama dibangkitkan oleh MBS sejak 2018 lagi dan kita nampak ada usaha telah pun diambil yang mana kompaun telah dikeluarkan, namun tidak dapat apa-apa tindak balas daripada pemilik papan iklan ini. Berdasarkan statistik, MBS telah mengeluarkan sebanyak 378 kompaun kepada pemilik papan tanda iklan pada tahun 2021 dan 100 notis tampal pada tahun 2022.

Apa yang dikesalkan apabila ada pemilik papan tanda iklan haram ini seolah-olah mencabar pihak berkuasa apabila mendirikan semula papan iklan yang telah pun diambil tindakan roboh. Papan tanda yang dirobohkan itu bukannya baharu kerana sebelum ini MBS telah pun merobohkannya, tapi telah dinaikkan semula. Pihaknya tidak melarang pembinaan papan iklan ini asalkan mematuhi prosedur pembinaan yang ditetapkan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) lain turut diminta melakukan pemantauan berkenaan papan iklan haram bagi memastikan tidak berlaku ketirisan terhadap hasil negeri.Tindakan lebih tegas akan diambil selepas ini bagi membendung isu papan iklan yang tidak mempunyai lesen kerana ia berisiko mendatangkan bahaya termasuk kepada pengguna lebuh raya. Buat masa ini pihaknya masih di peringkat untuk memastikan mana-mana papan tanda tiada permit ini dirobohkan. Pada masa akan datang, pihaknya akan memikirkan mekanisme lebih tegas termasuk kepada tuan tanah yang membenarkan pembinaan tanpa permit di tanah mereka.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut